Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain
dibukakan.
Tetapi sering kali
kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu
lain yang dibukakan bagi kita.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui
kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan
cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang
tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat
hidup kita menjadi lebih bahagia.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke
tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang
kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan
untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai
kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang
tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang
ketakutan
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada
dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg
belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah
iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam
masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di
tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar
kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir
tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di
sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu
tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira
jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika
menerima kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang
merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri
sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan
terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti
lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula
berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu
bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk
membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat
kamu positif terhadap kehidupan.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani
mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi
sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk
menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu
meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat
menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah
Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih
untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya
tidak dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak
jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya
sudah pasti akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah
sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak
kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu
masa yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang
kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang
yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang
hitam di malam yang amat kelam. Ianya
wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu
dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja,
asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi.
Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun
tidur dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh
yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang
memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik,
belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan
kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah
hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat
jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka
dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia
telah hilang barulah manusia benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki
diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri
sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani
seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu
dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala
sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah
mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa
menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan
sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan
bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
Apabila bicara itu
perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana
engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab
-Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan
orang.
Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya
berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali
setahun.
Barangsiapa
menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti
pelakunya.
Keikhlasan mempunyai
kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik
kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan
pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah
kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Jangan memberi
makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar
pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita
mendapatkannya.
Musibah dalam harta
lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan
dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti
dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan
harus melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan
beritahu siapa diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang
dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan
kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hidup tanpa pegangan
ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah
hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari
ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih
jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan
daripada usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang
selalu mengecewakan agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus,
dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah
bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,
tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian
yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi
dengan cemerlang.
Jangan menyalakan api
untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus
kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti
ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk
perkara-perkara besar.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila
hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain
pula.
Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa
muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber
kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak
istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang
menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup
terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju
syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata
selaras dengan tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting
mengetahui nilainya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi
untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar
memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak
ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling
mampu menguasai rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu,
apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga
Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih
beruntung tidak juga papa kedana
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk
merancang.
- William J. Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan
kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit
sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada
orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula
teguran dan nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki
hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha
menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil
itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian,
kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan
dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita
fikirkan
Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas
pohon.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas,
walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan
pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar
dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika
anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang
serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah
perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas
kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita
harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam
harta.
Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang
kepada manusia yang leka. - Charles Cahier
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya
disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus
menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran
disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada
dirinya sendiri -Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh
lagi
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik
dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu,
berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
Andai hidup punca
perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini
membawa erti yang nyata.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan
orang lain
Kata-kata yang
diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan
ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan
memberkati.
Menyimpang seinci,
rugi seribu batu. - Peribahasa Cina
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk
memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang
paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa
yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah
musnah, maka matilah orang itu -Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika
anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih
untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya
tidak dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga
bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca
mata yang bersinar-bersinar, tetapi
tidak melihat apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman.
Anda bukan apa yang
anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya
perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan
berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia
tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan
busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan
seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi
kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian
berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang
baik untuk bertindak
Kata-kata yang lembut
dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain
dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia,
iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya
telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan
memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan
keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu
kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa
pada Yang Maha Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat
belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu -Pepatah Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain,
janganlah pula anda menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan
manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah
tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap
mata terbuka belum bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang
berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi
pada hari esok.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda
miliki itu kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak
seperti yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya
tidak pernah menyembah Tuhannya
Sahabat yang beriman ibarat mentari
yang menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas
dendam.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber
hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu
untuk bersenda kerana bersenda itu akan
membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah
ibu dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan
orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
padaKu,
maka Aku akan
menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh
taufan.
Kekecewaan mengajar
kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi
rintangan demi rintangan dalam hidup
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada
kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang
berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar
buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang
yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah
kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara
ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan
yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh
sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara
ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak
perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita
belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala
boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau
membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika
anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan
keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi
beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan
kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya
-Emerson
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke
dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang
terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna
jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan
antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa
pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu
sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya,
ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik
sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan
berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya
dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan
terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan
tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah
mencapai matlamatnya
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,
menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya
-Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke
tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang
yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan
apa yang disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak
merancang adalah merancang untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah
musnah, maka matilah orang itu..
-Whittier
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin
yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John
Petitsenn
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
Berfikir secara
rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan
sahabat yg telah dicari
( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati
mulia membawa kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan
daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta
benda yg diwarisi dari nenek moyang
(Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu
kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi
pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman..
Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia
akan menjagamu, dan jika engkau
membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia
yang mengiurkan
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai
dirinya sendiri
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia
membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia
mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk
dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja
semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan
memberitahu semua yang kamu dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya
daripada apa yang kita berikan padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika
berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang
adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati
mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya)
daripada gerobak yang penuh muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda
sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh,
bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang
tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan
yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita
kembali semula kepada Ilahi.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah
daripadanya.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi
jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu
sekarang kerana mereka telah dijadikan
Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah
seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat
bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang
dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang
diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi
pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk
menyambut kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti
menghadapinya.
- Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan
amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar
diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya
datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin
sentiasa melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia
perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya,
maka tenanglah batinnya.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak
tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya
tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia
wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
- Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung,
perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung
antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya
bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada
usaha yang besar.
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal
berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan
rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka
dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah
yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang
jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana
kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah
lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya
sama.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak
dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B
Munabin
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua
emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi
kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.
Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai
sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan
budi pekerti
-Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka
belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah
darinya - Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi
tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan
kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali
Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun
sihat -Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh
-Albert Einstein
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang
celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat
mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
Sesuatu khayalan
kadang-kadang menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama,
bagaimana lagi jika tiada agama? -Benjamin Franklin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran-
Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit
daripada menghitung orang-orang yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling
takut pada perubahan - Mognon Me Lauhlin
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia,
iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang
-Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai
kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah
-Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya
ialah menghormati orang lain
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga
bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan
tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak
diketahui orang lain.
